Penentu Sosial dan Tingkahlaku Kesihatan

  1. Faktor sosial:
    1. Pekerjaan,
    2. Status sosioekonomi,
    3. Kemiskinan dan kesihatan,
    4. Kebudayaan,
    5. Sistem bantuan sosial,
    6. Mobiliti,
    7. Faktor psikososial,
    8. Personaliti,
    9. Seksualiti lelaki dan wanita,
    10. Tingkahlaku yang membawa risiko,
    11. Seksualiti lelaki dan wanita,
    12. Perisiwa yang merubah tekanan hidup,
    13. Model kepercayaan kesihatan.
  2. Gaya hidup:
    1. Senaman,
    2. Merokok dan kesihatan,
    3. Penyalahgunaan alkohol,
    4. Penyalahgunaan bahan-bahan lain
  3. Pendekatan Tingkahlaku ke Arah Promosi,
  4. Promosi Kesihatan

Faktor Sosial

Faktor sosial adalah seperti pekerjaan, status ekonomi, kebudayaan, keluarga, sahabat handai, dan rakan setugas seseorang itu.

Faktor Pekerjaan

Sesetengah pekerjaan memang diketahui akan bahayanya, tetapi tetap menarik minat masyarakat kerana disebabkan oleh alasan-alasan tertentu. Gaji dan upah yang mahal ialah antara faktornya. Mungkin juga pekerja yang biasa dalam pekerjaan ini akan menolak jika majikan mereka mengurangkan atau menghapuskan risiko oleh mungkin peluang pekerjaan akan berkurangan. Selain itu, sifat bangga dan setiakawan dalam pekerjaan yang merbahaya ini adalah antara faktornya. Pekerja yang sedar akan bahaya pekerjaan tersebut dan cuba untuk kurangkan risiko pekerjaan akan mendapat ugutan dan halangan daripada majikannya yang enggan berubah. Mungkin majikan ini mengugut akan membuang pekerja ini, menutup industri ataupun berpindah ke tempat lain.

Status Sosioekonomi

Status sosioekonomi adalah kedudukan seseorang dalam masyarakat. Ia selalunya dikelaskan mengikut pendapatan, tahap pendidikan, pekerjaan dan nilai tempat kediaman.

Berikut adalah Kaedah Pengelasan Sosial:

  1. Skala pekerjaan

    Manual/bukan manual (kolar biru) - kasar, tiada data pendapatan, tiada perkadaran bagi mereka yang tidak bekerja.

    Pengelasan Ketua Pendaftar - satu soal tentang kelas, tidak lengkap, misalnya pelajar dan suri rumah.

  2. Skala berdasarkan pendapatan

    Mengatur penduduk berdasarkan kumpulan pendapatan - kelas yang mudah dikenalpasti, enggan memberitahu pendapatan.

  3. Status sosioekonomi

    Menjawab soalan tentang pendidikan, pekerjaan, pendapatan, nilai tempat tinggal - kategori yang lebih tepat, meliputi hampir semua penduduk, memerlukan beberapa soalan.

  4. Skala pengkadaran status/prestij

    Berasaskan keputusan konsensus (nilai) - taraf pekerjaan, nilai tempat tinggal, kedudukan dalam masyarakat - sangat subjektif, misalnya penyanyi pop > hakim mahkamah agong.

Satu skalan yang selalu digunakan dalam kajian epidemiologi adalah Pengelasan Pekerjaan Ketua Pendaftar (Registrar General's Occupational Classification):

Gaya Hidup

Gaya hidup adalah amalan yang dilakukan sepanjang proses sosialisasi yang dilalui. Ia berkait dengan diet, senaman, kegunaan tembakau, alkohol, teh atau kopi. Selain itu, gaya hidup juga secara tidak langsung melibatkan penggunaan tali pinggang keledar semasa memandu, yang mengaitkan kepada risiko mendepat kemalangan dan kecelakaan jalan raya.

Senaman

Banyak kajian epidemiologi dilakukan dan membuktikan bahawa senaman dan latihan fizikan boleh merendahkan risiko untuk penyakit jantung koronari. Antara langkah yang diambil oleh negara adalah seperti menyediakan tempat riadah dan rekreasi.

Merokok dan kesihatan

Sejak tahun 1915 lagi, terdapat bukti yang menyatakan bahawa asap tembakau mengandungi bahan karsinogenik. Kajian kawalan kes pada tahun 1939 pula mengukuhkan lagi bukti bahawa asap rokok tembakau boleh menyebabkan kanser paru-paru. Tidak lama selepas itu, bukti pula diterbitkan yang menunjukkan merokok boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.

Antara kesan penyakit akibat merokok adalah:

  1. Penyakit jantung koronari - 35% daripada 45% kes kematian penyakit jantung koronari di US adalah akibat merokok. Risiko meningkat berkadaran dengan jumlah yang dihisap. 80% risiko meningkat di kalangan perokok yang menghisap lebih dari 20 batang rokok sehari.
  2. Kanser - 30% daripada 22% kes kematian kanser di US adalah berpunca dari merokok. Risiko kanser paru-paru 20 kali ganda lebih besar di kalanan perokok yang menghisap lebih dari 20 batang rokok berbanding dengan bukan perokok. Kebanyakan kanser yang lain juga adalah disebabkan merokok.
  3. Penyakit paru-paru terhalang kronik (Chronik obstructive pulmonary disease) - 90% daripada 3% kes kematian penyakit ini di US adalah disebabkan oleh merokok. Perokok yang menghisap lebih dari 20 batang sehari akan mempunyai 40 kali ganda lebih risiko berbanding dengan bukan perokok.
  4. Ulser peptik - perokok mempunyai 3 kali ganda risiko berbanding dengan bukan perokok.
  5. Penyedutan pasif - bayi dan kanak-kanak mempunyai 2 hingga 3 kali ganda meningkat bagi jangkitan pernafasan, terencat pembesaran, dan risiko kematian tiba-tiba. Risiko lain adalah seperti angina, kanser paru-paru, asma dan bronkitis.
  6. Kesan ke atas janin - pembesaran terencat dan kegagalan fungsi pernafasan selepas kelahiran. Risiko meningkat bagi kelahiran cacat dan kanser semasa kanak-kanak.