Sumber Data Kesihatan Masyarakat

  1. Banci
  2. Statistik Vital
  3. Data Kemorbidan
  4. Skop Kesihatan Awam
  5. Pencegahan Kesihatan

Banci

Banci (English: census) ialah kaedah pengumpulan maklumat penduduk melalui kiraan. Ia dilakukan secara berkala dan merupakan jumlah rasmi penduduk sesuatu kawasan.

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 adalah merupakan satu projek pembancian yang dijalankan di semua tempat kediaman dan penduduk di seluruh Malaysia pada tahun 2010. Ia adalah projek bancian kelima yang dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Banci dijalankan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (Disemak 1969). Akta Banci telah mewajibkan orang awam menjawab semua soalan banci dan akta ini menjamin bahawa maklumat individu adalah sulit dan tidak akan dihebahkan.

Kaedah Pelaksanaan Bancian

Kaedah pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan kaedah pengumpulan data yang pelbagai iaitu:

  1. Temu ramah bersemuka oleh pembanci dan penghuni kediaman:

    Pembanci akan melawat ke setiap tempat dan kawasan kediaman seperti yang telah ditetapkan oleh penguasa daerah bancian dan penyelia pembanci untuk menemu ramah penduduk bagi mendapatkan maklumat. Jika melakukan kaedah ini, maka kedua-dua kaedah dibawah tidak perlu lagi dilaksanakan pada tuan dan isi rumah yang sama.

  2. Pengisian sendiri
    1. Drop-off and pick-up (DOPU)

      Melalui kaedah ini, pembanci akan meninggalkan (drop-off) Kit Banci yang mengandungi item seperti berikut: Borang Soal Selidik (Dokumen 2), Pen khas untuk kegunaan urusan DOPU, Sampul Surat yang tertera perkataan "URUSAN SERI PADUKA BAGINDA" di bahagian muka sampul surat pada bahagian paling atas, Panduan Mengisi Borang Soal Selidik (DOPU) (Dokumen 15b), Panduan Mengisi e-Census (Dokumen 6) (Terhad) dan Surat Pemberitahuan Lawatan Semula (Dokumen 7). Penghuni tempat kediaman perlu memberi respon dengan mengisi sendiri dokumen-dokumen berkenaan. Pembanci akan kembali pada tarikh yang dipersetujui untuk mengambil semula (pick-up) dokumen yang telah lengkap diisi. Semua item tersebut akan dimasukkan ke dalam plastik khas berpelekat dan kemudian dimasukkan kedalam plastik penggantung yang turut diberikan oleh pembanci.

    2. e-Census

      Responden boleh mengisi soal selidik secara online melalui laman web Jabatan www.statistics.gov.my. Butir-butir Pengenalan (ID) akan dibekalkan dalam Kit Banci bagi membolehkan responden mengakses ke sistem e-Census. Untuk tujuan kawalan, pengisian sendiri soal selidik ini hanya melibatkan kawasan tertentu sahaja iaitu kawasan bandar besar atau kawasan yang susah diakses. Akses untuk menggunakan e-Census adalah terhad. Jika penghuni tempat kediaman memilih untuk melangsaikan urusan soal selidik banci secara DOPU maka cara e-Census tidak diperlukan untuk dilaksanakan, begitu juga sebaliknya.

Notifikasi wajib

Di bawah seksyen 10 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, selain dari Notifikasi Bertulis, penyakit berikut perlu dinotifiksi melalui telefon dalam tempoh 24 jam ialah:

  1. Acute Poliomyelitis
  2. Cholera
  3. Dengue
  4. Diptheria
  5. Ebola
  6. Food Poisoning
  7. Plague
  8. Rabies
  9. Yellow Fever

Selain itu, penyakit-penyakit yang memerlukan notifikasi bertulis dalam tempoh 1 minggu adalah:

  1. Viral Hepatitis A
  2. Viral Hepatitis B
  3. Viral Hepatitis C
  4. Viral Hepatitis — Lain-Lain
  5. AIDS
  6. Chancroid
  7. Dysentery
  8. Gonorrhoea
  9. Hand, Foot, and Mouth Disease
  10. HIV
  11. Influenza
  12. Leprosy (Paucibacillary)
  13. Leprosy (Multibacillary)
  14. Leptospirosis
  15. Malaria — Vivax
  16. Malaria — Falciparum
  17. Malaria — Malariae
  18. Malaria — Lain-lain
  19. Measles
  20. Relapsing Fever
  21. Syphilis — Congenital
  22. Syphilis — Acquired
  23. Tetanus Neonatorum
  24. Tetanus — Lain-lain
  25. Typhus — Scrub
  26. Tuberculosis — PTB Smear Positive
  27. Tuberculosis — PTB Smear Negative
  28. Tuberculosis — Extra Pulmonary
  29. Typhoid — Salmonella Typhi
  30. Typhoid — Paratyphoid
  31. Viral Encephalitis — Japanese
  32. Viral Encephalitis — Nipah
  33. Viral Encephalitis — Lain-lain
  34. Whooping Cough / Pertussis

Skop Kesihatan Awam

Cara untuk menggalakkan kesihatan yang baik boleh diringkaskan kepada:

  1. Persekitaran yang selamat

    Revolusi sanitasi pada kurun ke-19 mungkin merupakan satu langkah yang paling penting bagi sebuah masyarakat bertamadun untuk membaiki kesihatan. Pembuangan najis secara bersanitasi serta bekalan air paip bersih sekaligus menghindarkan bahaya kepada bayi, kanak-kanak dan orang dewasa, yang sebelum ini mati secara beramai-ramai akibat serangan jangkitan gastrousus. Peningkatan kebersihan dapur dan penyimpana serta penyejukan bekalan makanan secara selamat mempunyai kesan sinergistik. Peningkatan taraf ekonomi masyarakat yang membawa kepada perumahan selesa, keluarga yang kecil, menghasilkan penurunan kepada kematian respiratori dan penyakit serius dalam kalangan kanak-kanak. Di samping itu, penurunan kematian respiratori dan penyakit serius ini juga dapat menurunkan kadar kematian bayi di kalangan negara-negara berindustri daripada 200 hingga 250 per 1000 pada permulaan kurun ke-19 kepada lebih kurang 100 hingga 140 menjelang abad yang sama, serta membuka jalan kepada penurunan selanjutnya, iaitu 60 hingga 80 menjelang akhir Perang Dunia I, 20 hingga 30 menjelang akhir Perang Dunia II, penurunan kepada 6 hingga 12 per 1000 pada akhir tahun 1980 di kalangan neraga-negara perindustrian disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran (peningkatan mutu kehidupan) serta penggunaan agen-agen pengimunan dan antibiotik.

  2. Perkukuhkan keimunan
  3. Tabiat yang baik
  4. Pemakanan yang baik
  5. Kanak-kanak yang sihat
  6. Penjagaan kesihatan yang baik