Pengenalan

Kursus ini diperkenalkan untuk mendedahkan para pelajar pelbagai kaum dan agama mengenai kedudukan Islam sebagai sebuah tamadun yang unggul memandangkan kebanyakan masyarakat Islam hanya mengetahui Islam dalam pengertian yang sempit iaitu sebagai satu sistem ritual dan berfikir serta berkelakuan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip peradaban Islam.

Pendedahan kepada tamadun Islam yang bersifat 'world affirmative' diharapkan dapat menimbulkan penghayatan yang lebih baik untuk diri mereka sendiri dan untuk menyumbang secara lebih positif kepada usaha memajukan bangsa dan Negara.

Subjek ini merupakan antara subjek wajib yang disyaratkan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).

Subjek ini merangkumi empat bahagian antaranya:-

  • Islam dan konsep-konsep asas.
  • Islam sebagai peradaban dan tamadun
  • Institusi-institusi yang terdapat di dalam Islam
  • Islam dan cabaran semasa

Selain itu, subjek ini memberi penerangan kepada pelajar mengenai tasawwur Islam secara tepat, peranan Islam sebagai sebuah peradaban dan tamadun yang menyumbang kepada pembangunan ummah serta menghuraikan keupayaan Islam dalam menangani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia.